Syarat-syarat Am Unifi

Sekiranya anda berminat untuk melanggan unifi Fibre Home atau Business, anda boleh merujuk kepada maklumat di bawah untuk syarat-syarat am langganan unifi Fibre.

Maklumat ini disediakan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat ringkas mengenai langganan perkhidmatan unifi. Untuk syarat-syarat dan terma terperinci sila muatturun dokumen lengkap seperti yang disertakan di bahagian paling bawah halaman ini.

Cara Mendaftar Unifi

Anda boleh membuat pendaftaran melalui ejenwifi.com secara online atau menghubungi kami melalui whatsapp 018-3755580.

Perkhidmatan pendaftaran adalah PERCUMA. Kami sebagai penjual sah TM tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Bagaimana untuk membuat semakan liputan

Anda boleh membuat semakan liputan perkhidmatan unifi melalui link: SEMAK LIPUTAN atau dengan menghubungi kami 018-3755580.

Kelayakan untuk melanggan Unifi

Pendaftaran unifi terbuka kepada warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas semasa pendaftaran.

Pendaftaran hanya boleh diproses sekiranya alamat pemasangan diliputi perkhidmatan unifi. Permohonan anda akan ditangguh sekiranya alamat pemasangan belum diliputi perkhidmatan unifi atau atas pemasangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab teknikal.

Pihak TM berhak menolak permohonan anda atas sebab terdapat rekod tunggakan dalam sistem TM atau mana-mana semakan kredit yang dirasakan sesuai, tanpa mengemukakan apa-apa alasan.

Dokumen pendaftaran - Individu

Bagi pemohon individu, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Mykad
  • Passport (bukan warganegara)
  • Salinan bil utiliti
    Dokumen pendaftaran - Perniagaan/Enterprise

    Bagi pemohon Perniagaan/Enterprise, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • SSM Borang D/E (Sijil Pendaftaran/Pembaharuan Perniagaan)
    • SSM Borang B (Maklumat Perniagaan & Maklumat Pemilik Perniagaan)
    • Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemilik atau salah seorang pekongsi
    • Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
    • Surat permohonan rasmi
    Dokumen pendaftaran - Syarikat

    Bagi pemohon Syarikat Sdn Bhd, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • SSM Form 9 yang disahkan secara digital atau oleh Setiausaha Syarikat
    • SSM Section 14 (atau Form 24)
    • SSM Section 58 (atau Form 49)
    • SSM Form 13 (sekiranya berlaku pertukaran nama syarikat)
    • Salinan Kad Pengenalan/Passport Pengarah Syarikat
    • Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
    • Surat permohonan rasmi
      Dokumen pendaftaran - Professional

      Bagi pemohon Professional seperti Firma Guaman, Arkitek, Klinik dan sebagainya, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

      • Sijil Perakuan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Badan Professional 
      • Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemilik/Rakan Kongsi
      • Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
      • Surat permohonan rasmi
        Dokumen pendaftaran - Koperasi

        Bagi pemohon Koperasi, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

        • Sijil Pendaftaran Koperasi yang dikeluarkan oleh SKM
        • Senarai Lembaga Pengarah yang berkuatkuasa
        • Salinan Kad Pengenalan/Passport salah seorang Ahli Lembaga Pengarah
        • Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
        • Surat permohonan rasmi
          Dokumen pendaftaran - Pertubuhan

          Bagi pemohon Pertubuhan/Persatuan/Kelab, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

          • Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)
          • Senarai AJK yang berkuatkuasa
          • Salinan Kad Pengenalan/Passport AJK yang diberi kuasa
          • Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
          • Surat permohonan rasmi
            Surat Permohonan Rasmi Perniagaan

            Permohonan Unifi Business perlu dikepilkan bersama satu surat permohonan rasmi daripada syarikat/perniagaan/organisasi yang ditaip atas letterhead rasmi.

            Maklumat penting yang perlu ada dalam kandungan surat ini adalah:

            • Alamat pemasangan Unifi Business
            • Pakej yang diperlukan

            Selain itu surat permohonan rasmi ini perlu dicop dengan cop rasmi syarikat/perniagaan/organisasi.

            Pengesahan Biometrik

            Untuk keselamatan anda, kami mungkin akan memerlukan pengesahan identiti secara biometrik (imbasan ibujari) semasa proses pendaftaran.

            Langganan minimum Unifi

            Langganan minimum Unifi ialah selama 24 bulan.

            Sekiranya pelanggan gagal memenuhi kontrak langganan, pihak TM berhak untuk mengenakan caj penalti sebanyak mana langganan yang belum dipenuhi dengan tidak memberikan apa-apa potongan diskaun yang dinikmati pelanggan sebelumnya.

            Bayaran Pendahuluan

            Pelanggan perlu menjelaskan bayaran pendahuluan (Upfront Payment) dalam masa 10 hari selepas pemasangan berjaya.

            Amaun bayaran pendahuluan dikenakan adalah bergantung kepada kategori pelanggan:

            • Individu Warganegara: RM100
            • Perniagaan: RM100
            • Individu/Syarikat Asing: RM500

            Bayaran pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun perkhidmatan unifi pelanggan dan akan digunakan untuk menjelaskan bil perkhidmatan.

            Pihak TM akan menghantar SMS dan/atau e-mail peringatan mengenai keperluan pembayaran bayaran pendahuluan.

            Sekiranya pelanggan gagal menjelaskan bayaran pendahuluan dalam masa 10 hari, perkhidmatan unifi akan digantung sehingga pihak TM menerima bayaran tersebut. Sekiranya masih tiada bayaran dibuat dalam masa 30 hari, pihak TM akan membatalkan langganan dan mengenakan caj penamatan awal sewajarnya.

            Bil Pertama Anda

            Bil pertama Unifi anda mungkin lebih mahal berbanding pakej yang anda langgan disebabkan oleh caj prorata bulan semasa dan caj bulan berikutnya. Ini disebabkan oleh perbezaan antara tarikh pemasangan dan tarikh kitaran bil. Sila semak maklumat lengkap bil pertama anda untuk caj dan tempoh pengebilan.

            Bil kedua dan seterusnya akan “normalized” seperti pakej yang dilanggan.

            Bayaran Bil Langganan

            Setiap pelanggan akan menerima bil langganan menerusi email yang didaftarkan. Bayaran perlu dijelaskan dalam masa 21 hari daripada tarikh bil. Kegagalan menjelaskan bil langganan boleh mengakibatkan perkhidmatan digantung dan penyambungan semula perkhidmatan akan dikenakan caj penyambungan semula.

            Sebarang pertanyaan dan pertikaian mengenai bil perlu dimaklumkan kepada pihak TM secara bertulis dengan segera.

            Pemindahan Alamat Perkhidmatan

            Sebarang perubahan atau pemindahan alamat perkhidmatan Unifi Fibre perlu dilaporkan kepada pihak TM menerusi aplikasi MyUnifi atau cawangan TMPoint berhampiran dan tertakluk kepada kelulusan pihak TM.

            Untuk maklumat lanjut mengenai pertukaran alamat, sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 atau Unifi Store/TMPoint berhampiran.
            Ejen tidak mempunyai maklumat dan akses kepada akaun pelanggan.

            Sila hubungi kami untuk pendaftaran baharu sahaja.

            Pertukaran Nama Pelanggan

            Sebarang perubahan atau pertukaran nama pelanggan perkhidmatan Unifi Fibre perlu dilaporkan kepada pihak TM menerusi cawangan TMPoint berhampiran dan tertakluk kepada kelulusan pihak TM.

            Untuk maklumat lanjut mengenai pertukaran nama, sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 atau Unifi Store/TMPoint berhampiran.
            Ejen tidak mempunyai maklumat dan akses kepada akaun pelanggan.

            Sila hubungi kami untuk pendaftaran baharu sahaja.

            Terma & Syarat Lengkap

            Terma & Syarat yang dipaparkan pada laman web ejenwifi.com hanyalah sebahagian dan sebagai panduan ringkas sahaja. Langganan unifi Fibre adalah tertakluk kepada terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak TM. Sebarang perubahan dan percanggahan maklumat perlulah merujuk kepada dokumen tarkini daripada pihak TM seperti di bawah: